SESAL By ArieyWee

Bookmark and Share
SESAL

Tiada apa yang menjadi indahnya,
jika terbenam sudah,
bahasa kemasyarakatan tidak menjadi sanjungan,
apabila sudah di belantara daratan.

Apa yang mahu dijadikan tarikan,
setelah perjuangan diketepikan,
rakyat-rakyatnya tidak ramai yang tahu,
bahasa kita hilang seperti debu ditiup angin.

Tenggelamlah layar seketika ucapan diberi,
aku tidak rela menjadi peludah bahasa,
aku tidak mahu menderita tanpa ilmu bahasa,
aku tidak mahu buta ilmu di dunia.

Sesudah merdeka dikecapi,
bahasa lingua franca kala dahulunya,
menjadi agungan dan sanjungan,
kini bahasa kita semakin hilang kedengaran.

Puisi Kiriman : ArieyWee


Share






{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }

Posting Komentar